Penyakit batuk kering (TB) merupakan satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini boleh disebarkan melalui pernafasan dari manusia ke manusia.
Rawatan semasa bagi pesakit TB dengan hanya mengambil ubat batuk kering mengikut jadual sekurang-kurangnya selama enam bulan
Sistem aplikasi telefon pintar “Gamifikasi-realiti-video-pemerhatian-terapi“ (GRVOTS) diperkenalkan bagi mengantikan program kehadiran fizikal harian bagi mengambil ubatan (DOTS) di klinik.
Aplikasi telefon pintar GRVOTS dibangunkan secara dasarnya bagi membantu pesakit tuberkulosis untuk mendapat pemantauan ubatan secara alam maya tanpa perlu hadir ke klinik secara fizikal seperti sebelum ini dalam DOTS. Tanpa perlu hadir ke klinik, pesakit tuberkulosis akan mendapat manfaat yang besar dari segi penjimatan masa, tenaga, dan wang ringgit, dapat mengurangkan stigma masyarakat dan mengurangkan risiko jangkitan tuberkulosis kepada pekerja kesihatan yang perlu memantau ubatan secara fizikal melalui DOTS.
Selain itu, aplikasi ini juga dibangunkan dengan beberapa ciri gamifikasi iaitu: notifikasi peringatan pengambilan ubat, meter kemajuan untuk melihat perjalanan pengambilan ubat, komunikasi dua hala bersama petugas kesihatan untuk pelaporan kesan ubatan, dan penyampaian kata-kata motivasi setiap kali berjaya patuh pada ubatan. Aplikasi ini juga mempunyai ciri realiti visual yang membantu pesakit mengenal pasti ubatan serta memudahkan proses pengambilan ubatan dengan betul. Dengan gabungan ciri-ciri gamifikasi dan realiti visual, proses rawatan TB menjadi lebih mudah diikuti, dan pesakit kekal bermotivasi untuk sembuh sepenuhnya.
Sistem aplikasi telefon pintar “Gamifikasi-realiti-video-pemerhatian-terapi“ (GRVOTS) diperkenalkan bagi mengantikan program kehadiran fizikal harian bagi mengambil ubatan (DOTS) di klinik. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Playstore (Android) dan Appstore (iOS).